Firman Allah; “Adakah
engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’
(penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara
tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala
pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka
berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan
sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)
Ashabul
kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas,
menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;
Maksalmina
TamlikhaMartunus
Bainunus atau Nainunus
Sarbunus
Dzunuanus
Kasyfitatanunus
Bersama
mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Pemuda-pemuda ini
beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka.
Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan
firmanNya;
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)
Menurut
ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di
satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat
menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya
penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya.
Namun
keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja
ini menganut fahaman kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di bawah
pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s.
dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang
takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan
yang zalim itu.
Namun tujuh
pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu.
Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa
dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya
mereka dipanggil mengadap raja itu.
Di hadapan raja
yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah
mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah
berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah;
“Dan Kami telah
meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu
mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): ”Tuhan kami adalah
Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia,
sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat
jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai
tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan
yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim
daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)
Walaupun tidak
mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini,
raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari
agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika
selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan
dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan
agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari
keputusan yang muafakat. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk
mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan
untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan
pedalaman/kampung.
Firman Allah; “Dan
oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang
mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu,
supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan
menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan
memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)
Mereka lari ke
pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat
sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan
semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing
bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka
berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi
ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.Allah telah menidurkan mereka
dengan nyenyak dalam gua tersebut.
Firman Allah menceritakan tentang mereka di dalam gua;
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).
Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).
“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)

Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.
“Dan engkau
sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka
dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan
mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua
lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah
kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah
(hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18)
Setelah
sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun),
mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari
bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka
mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari
sahaja.“Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)
Sebaik bangun
dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka
mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari
sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota
Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa
bersama bekalan wang perak.
Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;
“Maka
suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang
perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik
(yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu
untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah
sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika
mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu
dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika
demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.
Allah SWT Berfirman; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)
Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatah lagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi.
“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)

Allah
mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka
itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat
keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula
merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila
mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang
sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa
mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama. Setelah
mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul
kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu
sekeliannya dan mendengar kisah mereka.
Sejurus
kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan
selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja
mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara
itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu
sebagai kenangan.
Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;
“Setelah itu
maka (sebahagian dari mereka) berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di
sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”.
Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula
berkata: “Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua
mereka”. (al-Kahfi: 21)
sumber: kisahteladan.com
0 comments:
Post a Comment