Menara Pisa, Tembok Cina, Candi
Borobudur, Taj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di Mesir,
inilah semua keajaiban dunia yang kita tahu. Namun sebenarnya semua itu
belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang
lebih ajaib lagi.
Tujuh keajaiban dunia itu adalah:
HAIWAN BERBICARA DI AKHIR ZAMAN
Maha suci Allah yang telah membuat
segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk
dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan
muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang
tercatat dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,
“Dan apabila perkataan telah jatuh
atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan
mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin
kepada ayat-ayat Kami”.
Mufassir Negeri Syam, Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy memberi ulasan tentang ayat di atas,
“Haiwan ini akan keluar di akhir
zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah
Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah
mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi.Konon khabarnya, dari Mekah,
atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan
berbicara dengan manusia tentang hal itu”.[Lihat Tafsir Ibnu Katsir
(3/498)].
Haiwan aneh yang berbicara ini akan
keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu
yang dekat. Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Sesungguhnya tak akan tegak hari
kiamat,sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat:
Gempa di Timur, gempa di Barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal,
haiwan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah Barat,
dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia”. [HR.
Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311),
At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya
(4041)]
POKOK KURMA YANG MENANGIS
Adanya pohon kurma yang menangis ini
terjadi di zaman Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- , mengapa
sampai pohon ini menangis?
Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu- bertutur,“Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu-berkata:
“Adalah dahulu Rasulullah
-Shollallahu ‘alaihi wasallam- berdiri (berkhutbah) di atas sebatang
kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah
suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah
-Shollallahu ‘alaihi wasallam- turun kemudian beliau meletakkan
tangannya di atas batang pohon kurma tersebut” .[HR.Al-Bukhariy dalam
Shohih-nya (876)]
Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu- berkata,
“Dulu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa
sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat
mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun
merintih. Maka Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya sambil
mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya)”.
[HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam
Sunan-nya (505)]
UNTAIAN SALAM BATU ANEH
Mungkin kalau seekor burung yang
pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi
bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba
Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh
apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada
para sahabatnya bahawa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan
salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya, Dari Jabir bin Samurah
dia berkata, Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
“Sesungguhnya aku mengetahui sebuah
batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus,
sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”.[HR.Muslim dalam Shohih-nya
(1782)].
PENGADUAN SEEKOR UNTA
Manusia adalah makhluk yang memiliki
perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di
antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang
memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya.
Oleh kerana itu sangat disesalkan
jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih
rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada
Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mengungkapkan perasaannya.
Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu- berkata,
“Pada suatu hari Rasulullah
-Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah memboncengku dibelakangnya,
kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan
kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi
untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah
atau kumpulan batang kurma. Lalu beliau masuk ke dalam kebun laki-laki
Anshar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi -Shallallahu ‘alaihi
wasallam- melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air
matanya.
Lalu Nabi -Shallallahu ‘alaihi
wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke punuknya
dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau
bersabda,“Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?”
Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, “Unta itu milikku, wahai Rasulullah”.
Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
“Tidakkah engkau bertakwa kepada
Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh
Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau
telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan
(1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad
(1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam
Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat
Ash-Shahihah (20)]
KESAKSIAN KAMBING PANGGANG
Kalau binatang yang masih hidup
boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib
lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh,
akan tetapi benar. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat
dalam hadis berikut: Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu- berkata,
“Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi
wasallam-menerima hadiah, dan tidak mahu makan sedekah. Maka ada seorang
wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing
panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi
wa sallam- pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga
makan.
Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Angkatlah tangan kalian, kerana
kambing panggang ini mengabarkan kepadaku bahawa dia beracun”. Lalu
meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin MA’rur Al-Anshoriy. Maka Nabi
-Shallallahu ‘alaihi wa sallam- mengirim (utusan membawa surat),
“Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?” Wanita itu menjawab,
“Jika engkau adalah seorang nabi,
maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika
engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu”.
Kemudian Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- memerintahkan untuk
membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh.
BATU YANG BERBICARA
Setelah kita mengetahui adanya batu
yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu
yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh,
tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang
disampaikan oleh Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam-, baik yang
masuk akal, atau tidak.
Kerana Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa
sallam- tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau
berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala
perkara ghaib. Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Kalian akan memerangi orang-orang
Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka
batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku,
maka bunuhlah ia”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim
dalam Shohih-nya (2922)]
Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah-
berkata, “Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat,
berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadis
ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara
hakikat”.[Lihat Fathul Bari (6/610)]
SEMUT MEMBERI ARAHAN
Mungkin kita pernah mendengar cerita
fiksen tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain.
Semua itu hanyalah cerita fiksen belaka dan tentunya omong kosong. Tapi
ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara
kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, layaknya seorang
komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi komando
tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh
Al-Qur’an,
“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud,
dan dia berkata: “Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang
suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini
benar-benar suatu kurnia yang nyata”.
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman
tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan
tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut,
berkatalah seekor semut:
Hai semut-semut, masuklah ke dalam
sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya,
sedangkan mereka tidak menyedari.
Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa Kerana (mendengar) perkataan semut itu dan dia berdoa:
“Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk
tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan
kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau
redhoi; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan
hamba-hamba-Mu yang soleh”. (QS.An-Naml: 16-19).
Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan “Tujuh Keajaiban Dunia” yang menghebohkan, dan menghairankan seluruh manusia.
Orang-orang beriman telah lama
menyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi
-Shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai sekarang.
0 comments:
Post a Comment